Wednesday 20 February 2013

SYAHADAH

SYAHADAH

Jika kita hendak belajar ilmu haq pastikan lah diri kita hendak belajar dengan ikhlas kerna Allah Taala... 
Syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang. Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama. 

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran)
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:36-40]

Assalamulaikum Salam Syahadah

SYAHADAH

Alhamdulillah selesai sudah majlis Mesyuarat Agong Jemaah Gayong Maarifat Kuala Lumpur di Pusat Kegiatan Guru Gombak... Perlantikan AJK yang baru 2013 telah di tubuhkan dan moga semua dapat menjalankan tugas dengan baik... InsyaAllah Taala... semuanya penyusunan dari Allah...

Kita bukan nak bangga diri atau cari pengaruh tetapi kita menjalankan amanah utk penyatuan umat Islam dengan 2 kalimah Syahadah... inilah kita sebagai umat Islam dan pewaris Bani Tamim yang sejati... InsyaAllah Taala...